Jutawan



Jutawan Program Score A dibawah adalah jutawan-jutawan Program Score A yang bernaung dibawah rangkain ZRB Millionaires Club yang diasaskan oleh En Abdul Aziz Samad.
Mereka mengambil masa hanya 7 hingga 13 bulan untuk mencapai impian sebagai Jutawan Score A. Jika jutawan-jutawan Score A ini yang tidak mempunyai kelulusan boleh menjadi jutawan, bagaimana dengan anda? Yang kami fikir lebih hebat, mempunyai pelajaran yang lebih tinggi sehingga ke menara gading.

   En.Abdul Aziz Samad                                                                        


   Encik Abdul Aziz yang juga Ikon Score A Programme, merupakan Pengasas ZRB Millionaires Club  adalah rangkaian terbesar Program Score A dan paling  berjaya di bawah KENSHIDO INTERNATIONAL. Pengalaman beliau selama 15 tahun di dalam industri MLM telah banyak membantu melahirkan ramai usahawan-usahawan yang berjaya di bawah rangkaian ZRB. Hanya berpendidikan SPM, namun beliau telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 1.2 juta setelah menyertai Score A Programme HANYA selama 6 bulan.
Walaupun telah mencapai pencapaian yang tinggi dan pendapatan yang memuaskan sebanyak RM 40,000 sebulan di syarikat lain, beliau mengambil langkah yang drastik di mana beliau sanggup meninggalkan segala yang telah dicapai bersama syarikat terdahulu. Ini adalah kerana beliau merasakan bahawa peluang yang lebih cerah menanti di Score A Programme. Score A Programme berteraskan kepada pendidikan di mana pendidikan merupakan KEPERLUAN ASAS dan bukanlah asksesori sampingan.
Percaturan beliau memilih Score A telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Encik Abdul Aziz Samad merupakan “SIFU” kepada rakaniaga yang bernaung di bawah ZRB Millionaires Club. Sikap beliau yang merendah diri, sering memberi nasihat yang memberangsangkan menjadikan beliau insan yang disenangi ramai dan juga disayangi.
Pengorbanan beliau banyak membantu rakaniaga-rakaniaga Score A lain berjaya mencapai pendapatan 5 angka ke 6 angka. Kini, di ZRB Millioanaires Club telah mempunyai ramai usahawan yang berjaya mencapai pendapatan 5 angka sebulan hasil dorongan dan aplikasi sistem yang telah dipupuk di ZRB Millioanaires Club.

   En.Muhammad Imran Abdul Hadi                                                        


   Dibelenggu hutang kad kredit sebanyak RM 40,000 meresahkan hati dan pemikiran beliau. Namun, beliau tidak dapat lari daripada masalah dan harus mencari jalan penyelesaiannya. Peluang itu pasti datang. Akhirnya, beliau ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat gergasi komputer dengan gaji yang mampu membantu beliau melangsaikan hutang yang ada.
Tetapi, beliau turut didatangi peluang kedua. Peluang menjadi usahawan di dalam bidang pendidikan Score A Programme.
Setelah berfikir, akhirnya beliau memilih untuk menjadi usahawan e-pendidikan Skor A di bawah ZRB Millionaires Club. Ramai rakan-rakan dan saudara mara yang mengatakan beliau telah mengambil satu langkah yang  “gila” kerana menolak tawaran bekerja di syarikat gergasi komputer.
Namun, beliau yakin bahawa Score A Programme mampu mengubah kehidupan beliau. Beliau mengambil langkah drastik dengan bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan ini di dalam bulan pertama. Halangan tetap ada namun beliau tetap meneruskan perjuangan sehingga pada bulan ketiga, beliau berjaya mencapai pendapatan 5 angka dan sekaligus melangsaikan hutang sebanyak RM40,000 secara TUNAI. Kini, beliau telah menjadi Jutawan di usia yang muda. Kini, pendapatan beliau mencecah RM 200,000 setiap bulan.


   En.Muhamad Faiz Mohd Noor                                                             


   Insan yang paling menyerlah dan dibanggakan di dalam Score A Programme. Beliau hanya merupakan seorang KERANI FAIL pada awalnya dan hanya menetap di PPR iaitu kawasan perumahan yang didirikan untuk membantu orang orang miskin. Beliau turut mengambil upah membaiki tayar motosikal setiap malam. Beliau akan menunggang motosikal di sekitar Kuala Lumpur pada waktu malam dengan harapan dapat menambah pendapatan dengan upah membaiki tiub bocor. Begitulah kehidupan beliau 2 tahun yang lepas.
Namun, beliau telah diperkenalkan kepada Score A Programme. Dengan tekad untuk membantu kedua ibu bapa yang hanya mencari rezeki dengan menjual goreng pisang dan kuih muih, beliau menyertai Score A Programme walaupun pada dasarnya beliau tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk berdaftar sebagai rakaniaga. Namun, dengan menggunakan gaji bulanan yang diterima, beliau mendaftar sebagai rakaniaga. Kehidupan pada waktu itu cukup mengajar beliau erti kesabaran kerana harus berjimat kerana duit gaji bulanan sudah digunakan untuk berdaftar sebagai ahli.
Keyakinan yang tinggi terhadap kajayaan yang menanti di Score A Programme telah merubah beliau. Terus berusaha untuk DIKEJAR MATLAMAT, akhirnya beliau berjaya membuktikan bahawa hasil pengorbanan dan kepayahan beliau akhirnya terbayar. Kini, beliau bukan lagi seorang yang pemalu, gemar melepak, bersembang-sembang kosong. Beliau kini seorang yang cukup berani bercakap di khalayak ramai, gemar membantu  rakaniaga-rakaniaga yang lain dan seorang yang “workaholic”.
Kini, ibu bapa beliau sudah boleh untuk hidup selesa dan beliau sendiri telah merubah kehidupan beliau. Dengan pendapatan RM 140,000 sebulan, ENCIK MUHAMAD FAIZ merupakan idola kepada rakaniaga-rakaniaga khususnya rakaniaga-rakaniaga muda di Score A Programme.

   Puan Jahlilawati Abu Bakar - iron Lady di ZRB Millionaires Club & Score A  


   Puan Jahlilawati merupakan antara usahawanita yang berjaya di Score A Programme. Walaupun sebelum menyertai Score A Programme sebagai rakaniaga, beliau sudah mampu mencapai pendapatan RM 18,000 sebulan dan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan IT.
Pada awalnya, Puan Jahlilawati merasakan kehidupan beliau sudah cukup selesa dan stabil. Tetapi, setelah melihat kejayaan luarbiasa rakaniaga-rakanaiaga di Score A Programme, Puan Jahlilawati mula memikirkan tentang peluang yang hebat ini kerana teringat kata kata hikmat Prof Dr. HAMKA semasa beliau menghadiri sessi Preview Score A Programme.
Atas dorongan daripada kata kata hikmat inilah, Puan Jahlilawati menyertai Score A Programme dan beliau tekad meletakkan jawatan dengan gaji RM18,000 sebulan. Kini, pengorbanan beliau berbaloi. Beliau telah berjaya melahirkan ramai rakaniaga di bawah rangkaian beliau yang mencapai pendapatan 5 angka sebulan. Beliau sendiri kini telah berjaya mencapai pendapatan RM120,000 sebulan.


   En.Marzuki & Puan Rosliza                                                                


   Perubahan luarbiasa hebat. Itulah ungkapan yang dapat diberikan untuk menggambarkan kehidupan Encik Marzuki dan Puan Rosliza. Kesusahan dan kesempitan telah menjadi lumrah hidup Encik Marzuki. Tidak bersekolah tinggi dan hanya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Universiti Malaya. Beliau dahulunya hidup dalam keadaan yang susah kerana pendapatan yang diterima bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan tidak seberapa.
Keinginan untuk menggembirakan anak anak selalu tersemat di hati Encik Marzuki. Namun, kehidupan beliau mula berubah hanya dengan sekeping “flyers” yang diambilnya ketika menunaikan solat di masjid. Dengan azam untuk mengubah nasib hidup sekeluarga ke arah yang lebih baik, beliau mengambil langkah dengan menjadi rakaniaga Score A Programme.
Setelah hampir setahun menjadi rakaniaga di dalam Score A Programme, akhirnya Encik Marzuki berjaya memiliki sebuah rumah yang lebih selesa untuk keluarganya. Dengan pendapatan bulanan menceceah RM 70,000, Encik Marzuki digelar sebagai “Pak Guard Paling Kaya di Malaysia”.
Kesungguhan beliau membantu rakaniaga-rakaniaga yang lain telah menjadikan beliau sebagai contoh kepada rakaniaga-rakaniaga baru yang menyertai Score A Programme.

Untuk mendengar sendiri pengalaman mereka, anda dijemput untuk menghadiri Seminar/ Preview Score A Programme. IANYA PERCUMA! HUBUNGI KAMI SEKARANG! 





About Me


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...